Tuesday, October 19, 2010
PAGI TADI KAT RESTORAN MAMAK
Pagi tadi aku hantar bini aku ke LRT Putra Gombak. Lepas tu aku pergi sarapan kat restoran mamak Taqwa kat Taman Seri Gombak. Memang port aku kat situ. Dia punya roti canai & roti bawang memang sedap. Itu selera kat tekak aku. Tekak orang lain aku tak tauler. Hari ni aku order roti canai dan teh 'o' jer. Memang pandai mamak ni meniaga. Dengan bajet tak sampai RM2, boleh dapat roti canai dan teh 'o'. Tak sampai 2 minit makanan dan sampai. Itulah rahsia mengapa bisnes mamak lebih ke depan.
Tapi yang buat aku terkejut masa tengah bayar kat kaunter. Harga roti canai sama teh 'o' cuma RM1.90 je. Aku bagi RM2 dan beli gula-gula Hacks 10sen dapat 2 bijik. Tiba-tiba mamak tu sound aku yang gula-gula tu kena beli 20sen dapat 3 bijik. Sebelum ni aku bayar RM2 baki tak payah pulang sebab ambik gula-gula 2 bijik. Sekarang ni aku kena tambah 10sen lagi nak jadi RM2.10! tempat lain aku tak taulah. Nasib baik dalam poket ada duit 10sen. Dalam dompet pulak ada not RM50. Kalau aku bayar guna RM50 nanti alamatnya padan mukalah mamak tu nak pecah duit baki.
Walaupun kenaikan hanya 10sen, lama kelamaan 10sen tu akan jadi macam 5sen. Dan tak mustahil duit syiling 5sen akan dimansuhkan disusuli pula 10sen pada masa akan datang. Bab kata ekonomi dalam bahasa omputih 'Time Value For Money'.
Monday, October 18, 2010
JUAL PENAPIS AIR vs JUAL EMAS
Artikel ini ditulis bukan untuk merendah-rendah dan menaikkan martabat sesuatu produk. Tapi ia hanyalah sebagai perbandingan semata-mata. Setiap produk mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing.
Perbandingan antara menjual penapis air & menjual emas:
JUAL PENAPIS AIR
1. Dengan modal RM20k, ejen boleh memulakan perniagaan dengan 10 set penapis air.
2. Bonus RM4k akan diberikan kepada ejen.
3. Produk laris jika jenama sudah terkenal.
4. Perlu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan meminum air bersih.
5. Pembayaran komisen/bonus adalah tinggi jika dilakukan secara rangkaian.
6. Persaingan adalah sengit dan memerlukan promosi jualan secara besar-besaran.
7. Stok perlu dihabiskan secepat mungkin untuk memperolehi semula modal dan keuntungan.
JUAL EMAS
1. Dengan modal RM20k, ejen boleh memulakan perniagaan dengan memperolehi 140-200 gram emas.
2. Ejen akan dapat pinjaman tunai sebanyak 65%-70% daripada modal RM20k tadi jika emas dipajak.
3. Produk laris walaupun baru menceburkan diri.
4. Semua orang tahu apa itu emas tetapi perlu diberi kesedaran akan pentingnya pelaburan emas.
5. Pembayaran komisen/bonus adalah rendah jika dijual dalam kuantiti kecil.
6. Tidak perlu persaingan kerana emas memang akan dicari.
7. Tidak perlu risau jika stok tidak dihabiskan kerana emas sentiasa tinggi nilainya.
Kepada sesiapa yang ingin menokok tambah perbandingan di atas adalah dialu-alukan.

Sunday, October 17, 2010
SKIM AR-RAHNU MAMPU BANTERAS SKIM AH-LONG-NU
Gejala pinjam duit kat ceti haram atau ah-long ni memang tak sudah-sudah terutamanya bagi golongan terdesak. Pinjam memang sedap tapi bila bayar memang senak dibuatnya. Bagi yang Muslim, ramai tak ambil peduli hukum agamanya. Bukan masalah tak tahu, tapi dah sangap nak buat macamana. Cuma kadang-kadang aku terfikir kalau aku duduk kat sebelah pihak ah-long ni mesti mereka cakap macam ni,"kita sudah tolong itu olang, tapi itu olang tak mau tolong kita. Kita pun mau untung jugak ma.. apa pasal itu olang datang pinjam wang sama kita? sudah tau lisiko kenapa mau pinjam?" hmm.. betul jugak apa yang dikatanya itu.
Buat golongan terdesak ni ada ubatnya iaitu skim pinjaman Ar-Rahnu. Ramai orang tak tahu bahawa skim Ar-Rahnu merupakan alternatif kepada Ah-Long-Nu. Aku masa sebelum celik pasal ilmu emas ni memang tak ambil 'port' langsung pasal Ar-Rahnu ni. Tapi bila dah tahu, kata orang 'impian jadi kenyataan'. Semua hajat boleh tercapai. Nak buat modal bisnes, beli handphone, bayar ansuran kereta dan segala macam. Tapi sebelum tu kenalah ada emas dulu. Bagi yang takde emas lagi jangan pening kepala. Sebelum ni dapat gaji je mesti mengkayakan orang lain. Apa kata lepas ni dapat gaji beli emas dulu. Alangkah indahnya kalau tiap-tiap bulan dapat gaji pastu merempit emas. Setahun dah ada 12 keping dinar emas! Bukan ke best namanya tu.
Aku rasa kalau hampir 70% rakyat Malaysia gunakan skim Ar-Rahnu ni, aku yakin ekonomi negara lebih maju lagi. Skim Ah-Long-Nu kurang, rakyat jadi riang!
Saturday, October 16, 2010
EMAS UMPAMA BOOMERANG
Hari Sabtu adalah hari yang paling seronok berbanding hari Ahad. Aku pun tak tau kenape. Mungkin sebab hari Ahad ni kita dah buat persiapan untuk kerja pada hari Isnin. tu yang boring sikit banyak. Aku rasa korang mesti setuju dengan pandangan ni. Ada 2 aktiviti yang best dibuat pada hari Sabtu tak lain tak bukan duduk kat rumah dan pegi jalan2 santai. Nak pulak yang tinggal kat sekitar KL dan Selangor. Lagi la banyak shopping complex yang nak dituju dan fulusnya pun laju la jugak.. :).
Hari Sabtu ni aku banyak ngadap tv. Masa tengok tv tu ada la tertengok satu iklan pasal jelajah dunia sorang chef terkemuka kat Malaysia ni. Masa tu dia berada kat perkampungan orang asli di Australia tak silap aku kot. Dalam preview tu, Chef terkenal ni tengah pegang sebilah boomerang yang dah memang popular kat sana. Senjata unik ni digunakan untuk memburu binatang dan pada masa yang sama boleh mencedera dan membunuh manusia! Kena hati2. Apa yang menarik selepas ia dilontar dan kemudian kembali semula kepada si pelontarnya.
Preview iklan ni mengingatkan aku tentang emas khasnya kaki2 yang suka main Ar-Rahnu. Samalah jugak dengan boomerang, emas apabila dipajak/digadai di Ar-Rahnu akan memberikan kita modal dalam bentuk tunai sebanyak 65%-70%. Dengan modal nilah korang boleh membeli apa saja yang kita berkenan dan lepas menebus semula emas yang korang simpan. Sebagai contoh, katakan anda teruja dengan kecanggihan handphone terbaru jenama Iphone 4 yang hangat di pasaran sekarang. Harganya antara RM2800 hingga RM3000. Anda takde cash masa tu. Yang ada cuma seketul emas 999.9 yang beratnya 30gram.
Apa yang perlu dilakukan ialah bawak je emas 999.9 30gram tu kat Ar-Rahnu Agro Bank. Nilai marhun emas terkini adalah RM159.10/gram (tinggi tu). Pengiraannya seperti berikut:
Nilai Marhun : RM159.10/gram X 30gram = RM4,773.00
Pinjaman : 70% X RM4,773.00 = RM3,341.00
Upah Simpan Sebulan : RM0.60 / 100 X RM4,773.00 = RM28.60
Selama 6 Bulan : RM28.60 X 6 = RM171.80
Jadi, dengan pinjaman 70% (RM3,341.00) tadi boleh la digunakan untuk beli Iphone 4 idaman. Kalau harganya lebih kurang RM2800, ada baki RM541.00. Boleh buat pusingan modal untuk benda2 yang lain :). Pastu dalam masa 6 bulan anda boleh tebus semula emas anda. Kalau tak mampu bayar one shot, bayar je ansuran selama 6 bulan. Yang pasti Iphone 4 anda dapat, emas pun anda dapat balik! :)
Sebab tu aku berpendapat emas memang macam boomerang!
Friday, October 15, 2010
PENGALAMAN PERTAMAKU DI AR-RAHNU
Aku mula menjejakkan kaki ke Ar-Rahnu Bank Rakyat di Bandar Sri Gombak pada akhir Ramadan lepas.
Sebabnya kena suruh dek bini aku untuk pajakkan rantai gelang tangan dia. Mula-mula tu rasa malas nak pegi sebab biasa ler aku ni jenis pemalu sket. Tapi disebabkan dia nak pakai duit, maka terpaksalah aku gagahkan diri pegi Ar-Rahnu. Sampai kat Ar-Rahnu, aku tengok tempat sunyi jek. Ada la beberapa pelanggan tengah berurusan kat kaunter. Ni yang buat aku 'cengeh' sket (kata orang Pahang). Kalau kat bank tu aku tak segan sangat sebab orang ramai. Tengah orang tak ramai ni la persepsi negatif macam-macam main kat dalam kepala aku. Bukannya apa, kalau orang ramai boleh le tepuk sebelah nak tanya.
Masa masuk tu pak guard dah siap-siap kasi nombor giliran kat aku. Aku pun ucap terima kasih kat pak guard tu dan dia pun membalasnya dengan menjawab 'sama-sama'. Yang ni pun aku tulis sebab maklum ler first time datang ke Ar-Rahnu, he..he..he.. Nombor giliran tu jenis yang dilaminate. Bukan jenis tekan terus keluar resit nombor. Agaknya mungkin pelanggan tak ramai berurusan kat Ar-Rahnu kot? Tu yang derang save budget sket. Masa tengah menunggu tu aku tengah perhatikan ada sorang mamat India ni tengah keluarkan barang kemas dalam poketnya. Masya-Allah, segenggam kat tangan dia. Memang betul la cakap
member aku yang kaum India suka kumpul emas. Yang buat aku fikir kenapa orang Melayu tak berapa nak ramai main emas ni termasuk le aku sekali? Rasa aku mungkin derang ni malu sebab asalkan pegi Ar-Rahnu mesti dah sesak duit agaknya.
Dalam masa 5 minit menunggu, aku pun dipanggil sebab giliran aku dah sampai. Yang buat aku gabra pakcik kaunter tu tanya, 'nak gadai ke...?' Aku ni jenis kompius sket antara perkataan 'gadai' dan 'pajak' ni. Yang aku ingat bini aku pesan kalau kat kaunter tu cakap je nak buat ar-rahnu. Aku pun cakap le apa yang bini aku pesan. Step 1 dah clear, Alhamdulillah lega. Lepas tu dia tanya aku sama ada nak test ke tak. Aku jawab kasi test. Derang pun buat kerja dengan timbangnya, teropongnya dan macam-macam test lagi. Lepas test, pakcik kaunter tu terang kat aku satu per satu pasal gelang tangan tu. Dia bagitau harga marhun (first time dengar) sekarang RM1120 bagi berat 8 gram. Masa tu aku tak teruja sangat sebab memang aku tak tau langsung
harga pasaran semasa. Dia bagi pinjaman 65% daripada nilai marhun sebanyak RM720. Aku pun cakap setuju je kat pakcik tu. Lepas tu aku keluarkan IC untuk fotostat dan tandatangan borang.
Lepas settle urusniaga, aku pun keluar dari Ar-Rahnu dan telefon bini aku. Aku bagitau la pasal apa yang aku dah buat tadi. Bini aku memang terkejut dengan bersungguh-sungguh dan bagitau aku yang gelang tangan yang dia beli tahun 2000 tu dah naik lebih kurang 73%!!! Dulu bini aku beli cuma RM300 je. Sekarang baru aku tau yang emas ni penyimpan kekayaan terunggul rupanya. Selama ni, duit kertas yang selama ni aku pakai dan simpan dah tak stim lagi dah buatku. Simpan duit jadi susutnilai le jawabnya. Lepas dah tau ni, aku banyak cari maklumat kat internet pasal harga pasaran emas semasa. Antaranya yang aku tau
Bank Negara yang selalu update harga emas kijang tiap-tiap hari dalam websitenya.
Kesimpulannya, memang seronok main emas ni! Daripada analisa yang aku buat, harga emas memang naik mendadak. Walaupun ada penurunan tapi ia selari dengan kenaikan. Semua orang tahu apa itu emas tapi tak semua orang tahu ilmu pasal emas. Beli emas ni tak rugi jo!

Subscribe to:
Posts (Atom)