Saturday, October 16, 2010

EMAS UMPAMA BOOMERANG

 
Hari Sabtu adalah hari yang paling seronok berbanding hari Ahad. Aku pun tak tau kenape. Mungkin sebab hari Ahad ni kita dah buat persiapan untuk kerja pada hari Isnin. tu yang boring sikit banyak. Aku rasa korang mesti setuju dengan pandangan ni. Ada 2 aktiviti yang best dibuat pada hari Sabtu tak lain tak bukan duduk kat rumah dan pegi jalan2 santai. Nak pulak yang tinggal kat sekitar KL dan Selangor. Lagi la banyak shopping complex yang nak dituju dan fulusnya pun laju la jugak.. :).

Hari Sabtu ni aku banyak ngadap tv. Masa tengok tv tu ada la tertengok satu iklan pasal jelajah dunia sorang chef terkemuka kat Malaysia ni. Masa tu dia berada kat perkampungan orang asli di Australia tak silap aku kot. Dalam preview tu, Chef terkenal ni tengah pegang sebilah boomerang yang dah memang popular kat sana. Senjata unik ni digunakan untuk memburu binatang dan pada masa yang sama boleh mencedera dan membunuh manusia! Kena hati2. Apa yang menarik selepas ia dilontar dan kemudian kembali semula kepada si pelontarnya.

Preview iklan ni mengingatkan aku tentang emas khasnya kaki2 yang suka main Ar-Rahnu. Samalah jugak dengan boomerang, emas apabila dipajak/digadai di Ar-Rahnu akan memberikan kita modal dalam bentuk tunai sebanyak 65%-70%. Dengan modal nilah korang boleh membeli apa saja yang kita berkenan dan lepas menebus semula emas yang korang simpan. Sebagai contoh, katakan anda teruja dengan kecanggihan handphone terbaru jenama Iphone 4 yang hangat di pasaran sekarang. Harganya antara RM2800 hingga RM3000. Anda takde cash masa tu. Yang ada cuma seketul emas 999.9 yang beratnya 30gram.

Apa yang perlu dilakukan ialah bawak je emas 999.9 30gram tu kat Ar-Rahnu Agro Bank. Nilai marhun emas terkini adalah RM159.10/gram (tinggi tu). Pengiraannya seperti berikut:

Nilai Marhun : RM159.10/gram X 30gram = RM4,773.00

Pinjaman : 70% X RM4,773.00 = RM3,341.00

Upah Simpan Sebulan : RM0.60 / 100 X RM4,773.00 = RM28.60

Selama 6 Bulan : RM28.60 X 6 = RM171.80

Jadi, dengan pinjaman 70% (RM3,341.00) tadi boleh la digunakan untuk beli Iphone 4 idaman. Kalau harganya lebih kurang RM2800, ada baki RM541.00. Boleh buat pusingan modal untuk benda2 yang lain :). Pastu dalam masa 6 bulan anda boleh tebus semula emas anda. Kalau tak mampu bayar one shot, bayar je ansuran selama 6 bulan. Yang pasti Iphone 4 anda dapat, emas pun anda dapat balik! :)

Sebab tu aku berpendapat emas memang macam boomerang!
 

No comments:

Post a Comment