Friday, October 15, 2010

PENGALAMAN PERTAMAKU DI AR-RAHNU

Aku mula menjejakkan kaki ke Ar-Rahnu Bank Rakyat di Bandar Sri Gombak pada akhir Ramadan lepas.
Sebabnya kena suruh dek bini aku untuk pajakkan rantai gelang tangan dia. Mula-mula tu rasa malas nak pegi sebab biasa ler aku ni jenis pemalu sket. Tapi disebabkan dia nak pakai duit, maka terpaksalah aku gagahkan diri pegi Ar-Rahnu. Sampai kat Ar-Rahnu, aku tengok tempat sunyi jek. Ada la beberapa pelanggan tengah berurusan kat kaunter. Ni yang buat aku 'cengeh' sket (kata orang Pahang). Kalau kat bank tu aku tak segan sangat sebab orang ramai. Tengah orang tak ramai ni la persepsi negatif macam-macam main kat dalam kepala aku. Bukannya apa, kalau orang ramai boleh le tepuk sebelah nak tanya.

Masa masuk tu pak guard dah siap-siap kasi nombor giliran kat aku. Aku pun ucap terima kasih kat pak guard tu dan dia pun membalasnya dengan menjawab 'sama-sama'. Yang ni pun aku tulis sebab maklum ler first time datang ke Ar-Rahnu, he..he..he.. Nombor giliran tu jenis yang dilaminate. Bukan jenis tekan terus keluar resit nombor. Agaknya mungkin pelanggan tak ramai berurusan kat Ar-Rahnu kot? Tu yang derang save budget sket. Masa tengah menunggu tu aku tengah perhatikan ada sorang mamat India ni tengah keluarkan barang kemas dalam poketnya. Masya-Allah, segenggam kat tangan dia. Memang betul la cakap
member aku yang kaum India suka kumpul emas. Yang buat aku fikir kenapa orang Melayu tak berapa nak ramai main emas ni termasuk le aku sekali? Rasa aku mungkin derang ni malu sebab asalkan pegi Ar-Rahnu mesti dah sesak duit agaknya.

Dalam masa 5 minit menunggu, aku pun dipanggil sebab giliran aku dah sampai. Yang buat aku gabra pakcik kaunter tu tanya, 'nak gadai ke...?' Aku ni jenis kompius sket antara perkataan 'gadai' dan 'pajak' ni. Yang aku ingat bini aku pesan kalau kat kaunter tu cakap je nak buat ar-rahnu. Aku pun cakap le apa yang bini aku pesan. Step 1 dah clear, Alhamdulillah lega. Lepas tu dia tanya aku sama ada nak test ke tak. Aku jawab kasi test. Derang pun buat kerja dengan timbangnya, teropongnya dan macam-macam test lagi. Lepas test, pakcik kaunter tu terang kat aku satu per satu pasal gelang tangan tu. Dia bagitau harga marhun (first time dengar) sekarang RM1120 bagi berat 8 gram. Masa tu aku tak teruja sangat sebab memang aku tak tau langsung
harga pasaran semasa. Dia bagi pinjaman 65% daripada nilai marhun sebanyak RM720. Aku pun cakap setuju je kat pakcik tu. Lepas tu aku keluarkan IC untuk fotostat dan tandatangan borang.

Lepas settle urusniaga, aku pun keluar dari Ar-Rahnu dan telefon bini aku. Aku bagitau la pasal apa yang aku dah buat tadi. Bini aku memang terkejut dengan bersungguh-sungguh dan bagitau aku yang gelang tangan yang dia beli tahun 2000 tu dah naik lebih kurang 73%!!! Dulu bini aku beli cuma RM300 je. Sekarang baru aku tau yang emas ni penyimpan kekayaan terunggul rupanya. Selama ni, duit kertas yang selama ni aku pakai dan simpan dah tak stim lagi dah buatku. Simpan duit jadi susutnilai le jawabnya. Lepas dah tau ni, aku banyak cari maklumat kat internet pasal harga pasaran emas semasa. Antaranya yang aku tau
Bank Negara yang selalu update harga emas kijang tiap-tiap hari dalam websitenya.

Kesimpulannya, memang seronok main emas ni! Daripada analisa yang aku buat, harga emas memang naik mendadak. Walaupun ada penurunan tapi ia selari dengan kenaikan. Semua orang tahu apa itu emas tapi tak semua orang tahu ilmu pasal emas. Beli emas ni tak rugi jo!

No comments:

Post a Comment