Sunday, October 17, 2010

SKIM AR-RAHNU MAMPU BANTERAS SKIM AH-LONG-NU


Gejala pinjam duit kat ceti haram atau ah-long ni memang tak sudah-sudah terutamanya bagi golongan terdesak. Pinjam memang sedap tapi bila bayar memang senak dibuatnya. Bagi yang Muslim, ramai tak ambil peduli hukum agamanya. Bukan masalah tak tahu, tapi dah sangap nak buat macamana. Cuma kadang-kadang aku terfikir kalau aku duduk kat sebelah pihak ah-long ni mesti mereka cakap macam ni,"kita sudah tolong itu olang, tapi itu olang tak mau tolong kita. Kita pun mau untung jugak ma.. apa pasal itu olang datang pinjam wang sama kita? sudah tau lisiko kenapa mau pinjam?" hmm.. betul jugak apa yang dikatanya itu.

Buat golongan terdesak ni ada ubatnya iaitu skim pinjaman Ar-Rahnu. Ramai orang tak tahu bahawa skim Ar-Rahnu merupakan alternatif kepada Ah-Long-Nu. Aku masa sebelum celik pasal ilmu emas ni memang tak ambil 'port' langsung pasal Ar-Rahnu ni. Tapi bila dah tahu, kata orang 'impian jadi kenyataan'. Semua hajat boleh tercapai. Nak buat modal bisnes, beli handphone, bayar ansuran kereta dan segala macam. Tapi sebelum tu kenalah ada emas dulu. Bagi yang takde emas lagi jangan pening kepala. Sebelum ni dapat gaji je mesti mengkayakan orang lain. Apa kata lepas ni dapat gaji beli emas dulu. Alangkah indahnya kalau tiap-tiap bulan dapat gaji pastu merempit emas. Setahun dah ada 12 keping dinar emas! Bukan ke best namanya tu.

Aku rasa kalau hampir 70% rakyat Malaysia gunakan skim Ar-Rahnu ni, aku yakin ekonomi negara lebih maju lagi. Skim Ah-Long-Nu kurang, rakyat jadi riang!

1 comment: