Artikel ini ditulis bukan untuk merendah-rendah dan menaikkan martabat sesuatu produk. Tapi ia hanyalah sebagai perbandingan semata-mata. Setiap produk mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing.
Perbandingan antara menjual penapis air & menjual emas:
JUAL PENAPIS AIR
1. Dengan modal RM20k, ejen boleh memulakan perniagaan dengan 10 set penapis air.
2. Bonus RM4k akan diberikan kepada ejen.
3. Produk laris jika jenama sudah terkenal.
4. Perlu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan meminum air bersih.
5. Pembayaran komisen/bonus adalah tinggi jika dilakukan secara rangkaian.
6. Persaingan adalah sengit dan memerlukan promosi jualan secara besar-besaran.
7. Stok perlu dihabiskan secepat mungkin untuk memperolehi semula modal dan keuntungan.
JUAL EMAS
1. Dengan modal RM20k, ejen boleh memulakan perniagaan dengan memperolehi 140-200 gram emas.
2. Ejen akan dapat pinjaman tunai sebanyak 65%-70% daripada modal RM20k tadi jika emas dipajak.
3. Produk laris walaupun baru menceburkan diri.
4. Semua orang tahu apa itu emas tetapi perlu diberi kesedaran akan pentingnya pelaburan emas.
5. Pembayaran komisen/bonus adalah rendah jika dijual dalam kuantiti kecil.
6. Tidak perlu persaingan kerana emas memang akan dicari.
7. Tidak perlu risau jika stok tidak dihabiskan kerana emas sentiasa tinggi nilainya.
Kepada sesiapa yang ingin menokok tambah perbandingan di atas adalah dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment